Produk




Madu Tualang Riau Orang Kuat (Madu Herba)
Harga Jualan : RM 140.00
Promosi : RM 120.00 - 
tidak termasuk kos penghantaran
Berat : 1000ml

Madu Tualang Riau "ORANG KUAT" merupakan madu herba yang digabungkan dengan kandungan herba Kucing Galak, Ubi Jaga, Tongkat Ali dan beberapa ramuan akar-akar kayu herba.

Ubi Jaga
Di Malaysia kegunaan utama ubi jaga ialah sebagai afrodisiak untuk merangsang seks. Untuk tujuan ini ubi yang juga merupakan akarnya di gunakan. Daun dan buahnya boleh digunakan sebagai penawar penyakit siflis dengan cara merebus daun dan buah ubi jaga dan airnya diminum.Ia juga boleh mengubat demam dengan kaedah yang sama.Kesan ke atas wanita hamil dan menyusukan masih belum diketahui. Oleh itu penggunaan sebarang persediaan herba ini perlu dielakkan ketika hamil dan menyusukan anak kecuali mendapat nasihat pakar perubatan bertauliah


Kucing Galak
Tumbuhan liar berupa rumpai ini begitu mudah dijumpai tumbuh liar dinegara kita walaupun ia dikatakan berasal dari India.Ia sejenis herba semusim dengan ketinggian antara 0.5 -1 m.Tumbuhan ini menjadi kegemaran kucing yang biasanya akan makan daun dan akarnya.

Digunakan dengan meluas dalam perubatan homopati.Dalam perubatan tradisional tumbuhan ini banyak digunakan untuk mengubati masalah yang mennyerang sistem pernafasan seperti asma, bronkitis dan batuk.Ia juga digunakan untuk menambahkan b aik tenaga batin

Tongkat Ali
Pokok Tongkat Ali atau nama saintifiknya Eurycoma longifolia jack sememangnya sudah tidak asing lagi di kalangan masyarakat di Malaysia.Akar pokok tongkat ali memang terkenal kerana mempunyai pelbagai jenis khasiat yang sudah terbukti keberkesannya. Selain akarnya, kulit pokok ini boleh direbus sebagai teh herba dipercayai bagi mengatasimasalah cacing dalam perut, sakit tulang, berasa sukar menghadamkan makanan dan sengal-sengal di pinggang. Daunnya pula boleh dijadikan air rebusan untuk mencuci kulit yang gatal manakala air rebusan buahnya diminum untuk merawat disenteri

Amat baik kepada para lelaki pria dan suami untuk mengambilnya kerana meningkatkan stamina kelakian semasa berjimak.  Amalannya amat baik untuk kesihatan hubungan kelamin.



Madu Indera Giri  Riau "Bidadari" (Madu Herba)
Harga Jualan : RM 140.00
Harga Promosi : RM 120.00
Berat : 1000ml

Madu Indera Giri "BIDADARI" merupakan madu herba yang digabungkan dengan kandungan beberapa herba seperti Gajah Beranak, Akar Serapat, Kacip Fatimah, Manjakani dan beberapa akar kayu terpileh.

Mengamalnya dapat memberi rawatan dalaman seprti mengecutkan rahim, masalah keputihan, rawatan kanser payudara, mengetatkan vigina, meningkatkan nafsu seks wanita dan beberapa rawatan kesihatan yang lain.  Amalannya amat baik untuk kesihatan hubungan kelamin.






Madu Tualang Riau
Harga Jualan : RM 110.00
Harga Promosi RM 70.00
Berat : 1000ml



Sesuai untuk semua golongan untuk mengambilnya bagi meningkat minda dan juga kesihatan.  Pengambilan dinasihatkan setiap 2 kali sehari waktu pagi dan malam.


Pengambilan madu mengikut kajian dari saintis barat  dari sudut kesihatan:
Penyakit Jantung : Buatkan serbuk kayu manis. Sapukan madu dan serbuk kayu manis pada roti dan makan secara tetap setiap hari semasa sarapan (sebagai ganti dari jem). Ini akan mengurangkan kolesterol di dalam pembuluh darah (arteri) dan menyelamatkan pesakit dari serangan jantung (heart attack). Juga, bagi yang sedia ada atau pernah diserang serangan jantung , apabila amalan ini dibuat secara harian, ianya akan menjauhkan pesakit berbatu-batu dari serangan seterusnya. Penggunaan secara tetap amalan di atas akan mengurangkan kesukaran bernafas (membetulkan pernafasan) dan akan menguatkan jantung mengepam. Di Amerika dan kanada , pelbagai jururawat di rumah telah merawat pesakit secara jayanya dan juga didapati bahawa pada satu tahap umur, pembuluh dan salur darah (arteri dan vein) akan hilang flexibilitinya (kekenyalan) dan akan mudah tersumbat , madu dan kayu manis akan mengembalikan semula sifat asalnya.

Radang sendi (arthritis) : pesakit arthritis boleh mengambil secara harian (pagi dan malam) satu cawan air suam bersama 2 sudu teh madu dan satu sudu serbuk kayu manis. Apabila ini diambil secara tetap , pesakit kronik arthritis juga boleh sembuh. Di dalam kajian terbaru yang diketuai oleh Universiti Copenhagen , mereka mendapati bawa doktor-doktor yang merawat psakit mereka dengan campuran 1 sudu madu dan 1/2 sudu serbuk kayu manis sebelum sarapan pagi, mereka mendapati bahawa di dalam satu minggu (dari 200 orang pesakit yang dirawat) – 73 pesakit hilang kesakitannya di dalam seminggu dan di dalam sebulan , hampir kesemua pesakit yang tidak boleh berjalan atau bergerak disebabkan radang (arthritis) sudah boleh berjalan tanpa sebarang kesakitan.

Jangkitan Pundi Kencing: ambil dua sudu serbuk kayu manis dan satu sudu madu di dalam air suam dan minum. Ianya akan membunuh kuman di dalam pundi.

Kolesterol : Dua sudu besar madu dan tiga sudu teh serbuk kayu manis dicampurkan dengan 16 auns air teh diberikan pada pesakit kolesterol , didapati bahawa kandungan kolesterol di dalam badan pesakit turun sebanyak 10% hanya selepas 2 jam. Apabila ini diambil sebanyak 3 kali sehari , sebarang penyakit kolesterol tahap kronik akan sembuh. Melalui maklumat yang diterima dari Journal , madu asli yang diambil secara harian bersama makanan mengurangkan komplen(keluhan) terhadap kolesterol.

Selesema : bagi yang terseksa dengan selesema perlu mengambil 1 sudu besar madu bersama 1/4 sudu serbuk kayu manis 3 kali sehari. Proses ini akan menyembuhkan kesemua batuk yang terus, demam , dan membersihkan sinus (ruang udara di dalam tengkorak sekeliling hidung).

Perut Meragam : Madu diambil bersama kayu manis menyembuhkan sakit perut dan membersihkan @ menyembuhkan perut dari sebarang ulcers. Kembung (gas) : kajian yang dibuat di Jepun dan India, mendapati bahawa madu yang diambil bersama-sama kayu manis akan mengeluarkan gas dari perut.

Imun Sistem : penggunaan harian madu dan serbuk kayu manis menguatkan sistem pertahanan (imun) dan melindungi badan dari serangan kuman dan bakteria. Saintis mendapati bahawa madu mempunyai pelbagai vitamin dan zat besi dalam jumlah yang besar. Penggunaan madu secara tetap akan menguatkan korpuskel sel darah putih (dimana mengandungi dna) untuk melawan penyakit yang disebabkan bakteria dan kuman (virus).

Tak Hadam : Serbuk kayu manis dicampur bersama 2 sudu besar madu yang diambil sebelum tidur akan merembeskan asid dan menghancurkan makanan berat.

Influenza : Saintis dari sepanyol membuktikan bahawa madu mempunyai kandungan semula jadi yang membunuh kuman influenza dan menyelamatkan pesakit dari flu.

Umur Panjang : Teh yang dibuat bersama madu dan serbuk kayu manis,bila diambil secara tetap , mengelakkan kerosakan disebabkan bertambahnya usia. Pengambilan 4 sudu teh madu, 1 sudu teh serbuk kayu manis dan 3 mangkuk kecil air panas untuk membuat teh. Minum 1/4 mangkuk – 3-4 kali sehari. Ini akan mengekalkan kesegaran kulit, kelembutan dan ketegangan. Jangka hayat dipanjangkan , dan mereka yang berumur 100 tahun sekalipun boleh memulakan aktiviti seperti berumur 20 tahun. (dalam Islam , kita ada beberapa amalan untuk panjang umur – amalkan di atas + bersedekah dan menyambungkan silaturrahim – in sya allah, umur kita akan panjang)

Sakit tekak : apabila tekak rasa tidak selesa , ambil satu sudu madu dan kulum sambil telan sedikit demi sedikit sehingga ambil. Ulang setiap 3 jam sehingga tekak hilang simptom sakit/ketidak selesaan.

Jerawat : 3 sudu besar madu dan 1 sudu teh serbuk kayu manis paste. Sapukan paste ini di atas jerawat sebelum tidur dan basuhnya tika bangun keesokan pagi dengan air suam. Jika diamalkan selama dua minggu , ia akan membuang jerawat dari akarnya.

Jangkitan Kulit :Sapukan campuranmadu dan serbuk kayu manis dalam ratio yang sama pada kulit yang terkesan , akan menyembuhkan ekzema , dan semua jenis jangkitan kulit.

Hilangkan Berat Badan : Pagi , sejam setengah sebelum sarapan pagi dan tika perut kosong , dan pada waktu malam sebelum tidur , minum madu dan serbuk kayu manis di dalam air suam. Jika diambil secara tetap, ianya akan mengurangkan berat walaupun pada mereka yang berlebihan berat badan. Jika minum secara tetap , ianya tidak akan membenarkan lemak untuk berkumpul dalam badan walaupun individu tersebut mengambil makanan yang tinggi kalori.

Kanser : Kajian terbaru di Jepun dan Australia mendedahkan bahawa kanser perut dan tulang telah berjaya dirawat dengan jayanya. Pesakit yang mengidap penyakit ini perlu mengambil setiap hari satu sudu madu bersama satu sudu teh serbuk kayu manis 3 hari sekali selama satu bulan.

Lemah : kajian baru-baru ini menunjukkan gula yang terkandung di dalam madu adalah sangat membantu dalam mengembalikan kekuatan badan berbanding gula buatan. masyarakat yang mengambil madu dan serbuk kayu manis dengan ratio yang sama didapati lebih peka dan flexible. Dr. Milton , yang menjalankan kajian ini , mengatakan separuh sudu besar madu yang diminum bersama segelas air yang dicampur dengan serbuk kayu manis, jika diambil setiap hari selepas gosok gigi dan tengah hari (sekitar 3 petang) – akan mengembalikan kecerdasan badan dalam masa seminggu.

Sukar Bernafas : penduduk di Amerika selatan berkumur dengan satu sudu madu dan serbuk kayu manis dicampur dengan air suam , sebagai rutin harian pertama pada waktu pagi , bagi membolehkan pernafasan mereka sentiasa segar sepanjang hari.


Kurang @ hilang pendengaran : Pagi hari dan malam – madu dan serbuk kayu manis diambil pada sukatan yang sama boleh mengembalikan pendengaran.



Madu hanyalah Ubat yang Allah berikan pada manusia, Pencipta Ubat ini kembali pada Allah, Dia yang Maha Menyembuhkan, kepada Allah kita berserah.

Fungsi Madu & Peranannya





Fungsi Madu Dan Peranannya.



  •     Meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan
  •     Dapat meningkatkan hemoglobin dan dapat mencegah dari serangan anemia.
  •     Bila dicampurkan sedikit cuka ia dapat merawat athirik sendi
  •     Kegunaan madu secara luaran juga dapat mempercepatkan lagi proses penyembuhan.
     
  •    Dapat meningkatkan pengeluaran gastrointestinal untuk merawat ulcer.
  •    Sumber laxative yang natural dan lembut
  •     Sumber utama vitamin dan mineral yang kaya.
  •     Sumber tenaga yang hebat dan semulajadi tidak seperti gula pasir yang memudaratkan

 Ramai yang bertanya kepada saya madu lebah yang mana satu paling sesuai untuk mereka.  Berikut saya gariskan keistimewaan jenis-jenis madu lebah

Madu Tualang: 

Sesuai untuk SEMUA penyakit dan SEMUA peringkat usia, tidak kira lelaki atau perempuan, dewasa atau kanak-kanak.

Royal Jelly: 

Istimewa untuk kaum wanita yang sudah matang dan/atau wanita yang sudah "menopause".  Juga sesuai untuk pesakit kencing manis/diabetes.

Madu Ternak: 

Sesuai untuk digunakan di dalam masakan kerana tiada rasa yang mungkin mengubah rasa masakan anda.  Dikhuatiri khasiat madu lebah juga berkurangan disebabkan suhu masakan, jadi, pilihlah madu yang murah (kerana khasiatnya rendah berbanding yang lain).

Madu Kelulut: 

Istimewa untuk kaum lelaki yang sudah berkahwin.  Juga sesuai untuk warga veteran kerana rasanya kurang manis.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Secara amnya,Semua jenis madu lebah mempunyai khasiat sebagai penawar penyakit, tetapi bagi saya, ada madu lebah yang mempunyai keistimewaan tertentu seperti yang saya nyatakan di atas.

Diharap penerangan ringkas di atas dapat membantu memudahkan pemilihan anda.  Keputusan akhir untuk memilih terletak di tangan anda.  Anda boleh pilih yang mana satu mungkin jadi madu lebah kegemaran anda.  Bagi saya, saya sangat sukakan Tualang kerana saya sukakan rasanya dan khasiatnya.

Proses Menghasilkan Madu Tualang



Lebah-Lebah Tualang
 
 


Madu yang telah dikumpul untuk dibotolkan
 
 


Madu yang telah dibotolkan
 
 
 
 
 
 


Madu Tualang


Khasiat Madu Tualang dan Pantang Larangnya

Sabda Rasulullah swt., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. 
Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. 
Jika seorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya."

Khasiat Madu Lebah

A) MENGEMBALIKAN KEKUATAN TUBUH
1. Memulih. menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.

B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.
1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.

C). KEBAIKAN UNTUK BAYI/KANAK-KANAK:
a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.

2. REMAJA:
a) membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.

b) memberi minda yang tinggi untuk berupaya mengingati dan menghafal

3. WANITA:
a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.

4. LELAKI:
a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
b) Menguatkan tenaga batin.

5. PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS):
a) Menstabilkan kandungan gula dala darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)

6. UNTUK SEMUA:
a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
c) Memulihkan penyakit berpanjangan.
d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
e) Menyembuhkan penyakit dalam perut.
f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
g) Memulihkan batuk dan lelah.
h) Menghindarkan badan letih dan lesu.
i) Kurangkan kesakitan bila datang haid.
j) Baik untuk perempuan bersalin.
k) Membantu/menerangkan pemandangan.

7. IBU MENGANDUNG
a) Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
b) Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi,kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.

8. ANAK DALAM KANDUNGAN
a) Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam madu dapat membunuh kuman-kuman.
b) Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan menguatkan janin.
c) Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh kuasa dalam madu asli.
d) Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
e) Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.

9. BAGI BAYI YANG BARU LAHIR
a) Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat mengeluarkan secara

positif lendir yang mungkin terminum semasa bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
b) Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.
c) Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
d) Mengelak dari kembung perut bayi.

10. BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK

 
a) Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perul atau rahim.
b) Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.
Madu Lebah Tualang adalah madu yang terbaik dan berkualiti diperakui oleh para penyelidik. 
Ia juga dikenali sebagai madu hutan tropikal (Tropikal Forest Honey), dihasilkan oleh lebah 
liar dikenali sebagai lebah sialang. Malaysia adalah antara negara yang bertuah yang 
mempunyai hutan hujan tropikal yang tertua dan terkaya di dunia. Sumber flora dan 
faunanya yang hebat dengan pelbagai spesis lebah liar yang tidak terdapat di negara lain. 
 Pokok Tualang pula adalah sejenis pokok balak yang tertinggi yang banyak didapati 
di hutan di semenanjung terutama Pahang, Kedah, Perak, Kelantan dan Terengganu. 
Kualiti madu lebah di pokok tualang yang dihasilkan oleh lebah liar menghasilkan madu 
lebah yang terbaik di dunia dan diakui oleh para penyelidik. Ia mengandungi debunga, 
mineral, banyak jenis vitamin dan enzim semulajadi dan ia tiada gula tambahan berbanding 
kualiti madu lebah ternak.

Ciri-ciri madu lebah tualang :-
(a) mempunyai agak gelap kehitaman kerana kandungan mineralnya seperti kuprum, zat besi 
dan magnesium yang tinggi dan jika disimpan lebih lama warna madu akan menjadi lebih 
gelap lagi;
(b) Madu yang masih baru mempunyai buih-buih yang halus berkumpul di permukaan dan 
setelah beberapa ketika buih-buih halus akan menyurut dan meninggalkan kesan 
buih di permukaan;
(c) Bau haruman madu agak kuat dan agak masam sedikit disebabkan oleh bau pati 
debunga hutan;
(d) Rasanya sedap dan agak kelat dan sedikit perit dan menyengat bila ditelan;
(e) sesiapa yang biasa meminum madu sendirinya dapat membezakan madu lebah yang 
asli dengan yang tiruan.Khasiat madu itu sendiri tersedia maklum oleh semua masyarakat 
di dunia sebagai penawar pelbagai jenis penyakit.

Mengikut Prof H.A. Schuette dari Jabatan Kimia, Universiti Wisconsin mendapati madu 
yang bewarna gelap mengandungi kandungan zat kuprum, zat besi dan manganese yang 
 lebih tinggi. Madu juga kaya dengan vitamin dan zat galian penting membabitkan vitamin A 
dan B kompleks, C dan E juga zat galian termasuk kalsium, fosforus, sulfur, karbon, 
magnesium dan sebagainya.

CARA MENGUJI KETULENAN MADU LEBAH ASLI

1. Ambil mancis api, kemudian bakar madu lebah tersebut. Madu Asli akan membuat mancis 

akan terus menyala.
2. Titiskan madu di alas kertas. Madu asli tidak akan tiris.
3. Ambil sesudu madu,kemudian masukkan ke dalam air putih. Madu Asli lebih tumpat daripada air.
4. Titiskan madu pada kuku. Madu Asli akan memakan masa untuk menitik.
5. Masukkan madu ke dalam plastik aiskrim dan simpan di dalam freezer. Madu Asli tidak akan beku atau keras. (Madu kenyal seperti agar-agar/jeli dan cair selepas 10 minit di keluarkan dari freezer)
6. Ambil 2 sudu besar madu lebah campurkan sebiji kuning telur Kuning telur akan separuh masak.

Kenapa harga Madu Tualang agak tinggi dari biasa?

Sebenarnya harga bergantung kepada 3 sebab utama iaitu:

1. KEASLIAN MADU. Kebanyakan madu lain di campur dengan air, asid benzoik dan sebagainya
2. JENIS MADU. Terdapat beberapa jenis madu lain seperti:
a. madu lebah yang diternak secara komersil (Memang murah tapi khasiat kurang kerana lebah yang diternak hanya memakan benda yang disediakan sahaja. Menurut kata pemburu lebah madu tualang, lebah ini seolah-olah sama dengan ayam daging.
b. madu lebah hutan

PERINGATAN:

1. Bersifat PANAS. Tidak boleh simpan dalam peti ais kerana akan rosak dan juga tidak boleh disimpan dalam almari bertutup rapat.
2. Pekat dan rasa manis semulajadi *bukan manis seperti gula merah/gula putih/buah
3. Kebaikan madu ASLI lebah Tualang adalah :


i. Tiada expiry date jika disimpan dalam suhu biasa.
ii. Madu yang kami bekalkan TIDAK dicampur bahan pengawet (asid benzoik)
iii.TIADA bahan pewarna dan TIADA bahan perasa tiruan


4. Tidak boleh disimpan dalam botol plastik kerana sifat panas madu. SILA tukarkan dengan botol kaca sekiranya ingin menyimpan lama.

CARA PENGGUNAAN:
Dewasa : Minum 1 camca teh 2 kali sehari (Pagi/Malam) sebelum makan. (Untuk mengekalkan khasiat madu tualang, anda dinasihatkan menggunakan sudu yang diperbuat dari bahan plastik)
Kanak-kanak: Gunakan camca kecil

Minima minum ialah 3 kali sudu teh dalam sebulan.

Apabila di minum satu sudu teh, ia berasa sedikit panas di dalam dada. Ini bukan kesan sampingan tetapi sebaliknya ia adalah proses biasa pendetokfikasi atau penyah toksin dalam hati/darah. Selepas itu ia membantu proses pembinaan metabolisma sel darah.

Juga oleh dibancuh dengan air suam, tambahan dalam masakan mengikut sesedap rasa seperti masakan ayam madu dengan aroma dan rasa yang lazat.
  
Sumber-sumber di bawah dipetik daripada madurahsiadunia.com
asas ujian madu

 

 

 

 

 


 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...